Gabungan Pelajar Anak Kedah-Perlis UK-Eire, atau lebih dikenali sebagai GALAKSI merupakan badan induk yang menghimpunkan anak-anak kelahiran atau yang menetap di kedua-dua buah negeri di utara semenanjung Malaysia ini yang kini sedang melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana muda atau sarjana di negara United Kingdom, Ireland dan yang terkini di Republik Czech.
Galaksi sedar akan tanggungjawab yang digalas untuk melahirkan generasi yang akan kembali daripada negara orang untuk turut sama terlibat secara aktif dalam usaha pembangunan fizikal dan spiritual negeri Kedah dan Perlis. Justeru, Galaksi bertindak sebagai sebuah organisasi pelajar yang menjaga kemaslahatan dan kebajikan para pelajar yang sedang melanjutkan pelajaran.

Ahli GALAKSI yang bertebaran di pelbagai universiti di seluruh United Kingdom dan Ireland

Leave a comment
Comments feed for this article