Tahukah anda?

Pasukan Perlis pernah memenangi kejohanan bola sepak Piala Malaysia pada tahun 2004 dan 2006.

Manakala pasukan Hijau Kuning, Kedah pula pernah memenangi kejohanan bola sepak Piala Malaysia sebanyak 4 sepanjang sejarah penyertaannya iaitu pada 1990, 1993, 2007 dan 2008.

Ini bermakna, sejak 2004, kecuali pada tahun 2005, Piala Malaysia telah kembali ke kawasan utara pada setiap tahun. Diharapkan skuad Hijau Kuning atau Skuad Biru Kuning dapat mempertahankan prestasi membanggakan ini buat musim 2009 yang bakal bermula tidak lama lagi.