SYOK 2012

Advertisements

SYOK  2012 (Summer Youth Overseas @ Kedah)

SYOK 2011 merupakan program yang mengumpulkan anak-anak Kedah Perlis yang sedang belajar di UK dan Eire dan juga yang bakal terbang untuk belajar di UK dan Eire dan julung-julung kali diadakan dengan kerjasama dan bantuan Kerajaan negeri Kedah Darul Aman. GALAKSI mengambil inisiatif bagi mengumpulkan anak-anak Kedah Perlis untuk sama-sama berkumpul menguatkan ukhuwah dan berkenalan antara kita. Tahun ini SYOK 2012 kembali lagi!!

Program SYOK merupakan sebuah aktiviti musim panas anak-anak Kedah dan Perlis  yang pulang bercuti musim panas di tanah air. GALAKSI menjemput semua anak-anak Kedah Perlis yang sedang menuntut di luar negara dan adik-adik yang bakal melanjutkan pelajaran ke UK Eire atau negara-negara seperti New Zealand, Australia untuk sama-sama hadir memeriahkan program

Insyaallah GALAKSI akan menganjurkan program Sembang-Sembang Utagha pada 29.6.11 (Rabu), jam 1.30pm dan berkumpul di Pusat Dakwah Islam Kedah untuk solat Zohor dan selepas itu kita akan bergerak untuk cari ‘pot’ dan bersembang. Aturcara adalah seperti berikut :

1.20pm – Solat Zohor

2.00pm – Makan Tengahari sambil bertaaruf

2.30pm – Sembang-Sembang

3.30pm – Penutup

Sembang-Sembang Utagha ini adalah untuk kita saling berkenalan antara satu sama lain untuk mengeratkan ukhuwah dan juga untuk adik-adik yang bakal fly tidak lama lagi sekiranya nak bertanya sebarang persoalan amatlah digalakkan..=)..Program ini terbuka kepada lelaki dan perempuan dan dibuat secara berasingan mengikut jantina masing-masing..

Jom pakat mai ramai-ramai!!


		

Gabungan Pelajar Anak Kedah-Perlis UK-Eire is responding to the emergency in Kedah & Perlis.

Please donate towards GALAKSI’s floods response.

UK Bank account;

Name: MSMR
Account Number: 28095568
Sort code: 30-96-91
Reference: KFEA

Ireland Bank Account;
Name: MRAM
Account Number : 72508064
Sort code : 930121
Reference: KFEA

It has been a few days since the devastating floods began to sweep across northern part of Kedah & Perlis. Watch out for more photos of the tragedy. There is an urgent need for assistance as we are in the festive mood of Deepavali and Eidul Adha is just around the corner.

Thus, lets smiles, laughter, happiness and contentment fill households everywhere.

Any inquiries, please do not hesitate to contact your universities representatives;

Ireland

Cork
Mohd Redhuan Abdul Muin
http://www.facebook.com/profile.php?id=647082405

Farah Wahida Mohamad
http://www.facebook.com/profile.php?id=724294400

Dublin
Muaz Adam
http://www.facebook.com/muazadam

Helma Asyikin
http://www.facebook.com/profile.php?id=815570236

Galway
Fakhurrazi Bakri
http://www.facebook.com/profile.php?id=769773349

UK

Belfast: Anas
http://www.facebook.com/profile.php?id=100001131000608

Glasgow : Rahimi Mohd Ariff
http://www.facebook.com/profile.php?id=591914023

Manchester : Shahkang Aizat
http://www.facebook.com/Shahkang?ref=ts

Liverpool : Farah Hazwani
http://www.facebook.com/farah.hazwani

Leeds : Hanafi Mat Desa
http://www.facebook.com/profile.php?id=1051324799

Nottingham: Norhana Zainal
http://www.facebook.com/profile.php?id=1587938646

Cardiff: Syafeeq Ridzam
http://www.facebook.com/syafeeqridzam

Warwick: Muhd Syahir Sabri
http://www.facebook.com/profile.php?id=1127730317

Southampton : Shuhada Muhamad Mukhtar
http://www.facebook.com/profile.php?id=100000207684478

London : Mohd Mahathir Saidin
http://www.facebook.com/mohd.mahathir

Pada 5 Ogos yang lalu, Summer Youth Overseas @ Kedah (SYOK) 2010 telah berlangsung di Dewan Sri Mentaloon, Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah, Alor Star,Kedah. SYOK merupakan program yang julung kali diadakan oleh GALAKSI (Gabungan Pelajar Anak Kedah-Perlis UK Ireland) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kedah. SYOK pada kali ini bukan sahaja mendapat penyertaan yang amat baik daripada pelajar-pelajar yang akan dan sedang belajar di UK & Ireland, malah melibatkan pelajar yang akan dan sedang melanjutkan pelajaran di Czech Republic.

Ustaz Ahmad Izzat Shauki ( Adun Bukit Lada merangkap Timbalan Speaker DUN Kedah)

SYOK dimulakan dengan ceramah SYOKASE 1 bertajuk Muslim Youth the Spark of Fire yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Izzat Shauki ( Adun Bukit Lada merangkap Timbalan Speaker DUN Kedah). Ceramah berkisar tentang peranan kita sebagai pemuda yang mampu menjadi agen kepada perubahan. Perubahan yang boleh dilakukan oleh pemuda-pemuda Islam adalah seperti mengubah manusia agar menyembah hanya kepada Allah SWT, perubahan daripada agama-agama lain kepada keadilan Islam dan mengubah persepsi manusia yang hanya berfikir tentang dunia kepada akhirat yang hakiki.

YB Dr Haji Hamdan bin Mohamed Khalib (EXCO Belia dan Sukan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan  Negeri Kedah

Program diteruskan dengan perasmian SYOK 2010 oleh YB Dr Haji Hamdan bin Mohamed Khalib (EXCO Belia dan Sukan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan  Negeri Kedah) dan ucapan alu-aluan oleh wakil GALAKSI iaitu Saudara Syafeeq Ridzam. Program juga dimeriahkan lagi dengan persembahan multimedia (SYOKMEDIA) dan Pop Quiz (SYOK WAVE).

Ustaz Ahmad Yahya

Para peserta turut mendapat pengisian bagi mempersiapkan diri sebelum berangkat ke luar negara. Ceramah SYOKASE 2 bertajuk Ready to Fly High telah disampaikan oleh Ustaz Ahmad Yahya. Kupasan berkenaan rahsia dalam mendalami ilmu berpandukan 3 konsep utama iaitu ikhlas, taqwa dan harapan telah dijadikan sebagai topik utama ceramah ini.

Saudari Mahfuzah Zainol ( Finalis British Council SHINE International Students Awards 2010)

10 ciri-ciri mukmin yang berjaya telah diketengahkan dalam ceramah yang ketiga, SYOKASE 3 iaitu Shine Your Spirit yang disampaikan oleh Saudari Mahfuzah Zainol, bekas pelajar di Cardiff, UK dan merupakan Finalis British Council SHINE International Students Awards 2010. saudari Mahfuzah turut berkongsi bersama peserta tentang pengalaman beliau belajar di luar negara.

Para peserta turut mendapat peluang beramah mesra dan berkongsi pendapat serta masalah sebelum ke luar negara ketika sesi Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dan sesi interaktif. Penyampaian  ucapan penutup oleh Ustaz Rosli menandakan berakhirnya SYOK 2010.

GALAKSI mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Kedah yang telah bekerjasama dan menaja SYOK 2010. Tidak lupa juga kepada para peserta yang sudi meluangkan masa menghadiri SYOK 2010. Semoga keindahan ukhuwah yang dibina semasa SYOK 2010 tidak berakhir begitu sahaja dan semoga SYOK  menjadi salah satu medium untuk kita membina ukhuwah dan menimba ilmu sebelum melanjutkan pengajian ke luar negara.

https://i2.wp.com/sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs114.ash2/39060_414794258526_591153526_4682375_1221384_n.jpg

https://i2.wp.com/sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs100.ash2/38336_414794708526_591153526_4682418_6821024_n.jpg

https://i1.wp.com/sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs102.ash2/38437_414796038526_591153526_4682515_1617346_n.jpg

https://i2.wp.com/sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs035.ash2/35118_414797378526_591153526_4682560_1318645_n.jpg

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Adalah dengan ini semua anak Kedah dan Perlis yang sedang belajar di United Kingdom dan Ireland & yang akan menyambung pelajaran ke kedua buah negara ini bermula September ini dijemput untuk menghadirkan diri ke SYOK ( Summer Youth Overseas @ Kedah ). Maklumat program adalah seperti berikut;


5 Ogos 2010
Dewan Sri Mentaloon, Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah,
Jam 8.45 Pagi

https://i1.wp.com/sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs217.snc4/39179_415278242405_647082405_4785552_5822271_n.jpg

Sila nyatakan kehadiran anda ke SYOK dengan menghantarkan SMS ke 0194168779 ( Sila Nyatakan Nama anda) sebelum RABU ( 28 JULAI 2010 )

Terbukti…Kedah begitu hebat dalam pembangunan Bola Sepak Remaja. Semoga langkah kali ini akan mengembalikan kegemilangan double treble pasukan Kedah yang sungguh digeruni di persada nasional 3 tahun yang lalu!

Jumpa semua di Stadium Darul Aman pada Ahad ini..masuk percuma!

https://i1.wp.com/sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs052.snc4/34970_141320135886830_100000265325302_334749_3466547_n.jpg